fasdasfas

Cara Guna WhatsApp di Komputer

Ramai yang teruja dengan pengumuman WhatsApp boleh digunakan dalam versi Web. Sebenarnya Aplikasi Telegram telah terlebih dahulu memperkenal fungsi ini, cuma entah di mana silapnya berita WhatsApp ini lebih popular dan viral berbanding Telegram.


Jadi untuk tujuan perkongsian, kami akan menunjukkan cara-cara untuk menggunakan WhatsApp ini di komputer. Ianya lebih mudah dan laju untuk menaip. Buat masa ini WhatsApp hanya boleh diakses di pelayar/browser Google Chrome sahaja dan untuk iOS masih belum boleh guna lagi kelebihan ini (Setakat hari ini).

1. Masuk ke url web.whatsapp.com, tunggu sehingga keluar QR code.


2. Buka WhatsApp di telefon dan pergi ke Menu > WhatsApp Web



3. Scan / Imbas QR Code yang ada di web tadi.

4. Siap.

Harap membantu. Boleh la share untuk kawan-kawan lain.

Post a Comment